You and I must make a pact, we must bring salvation back
Where there is love, I’ll be there

I’ll reach out my hand to you, I’ll have faith in all you do
Just call my name and I’ll be there

I’ll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you, I’m so glad that I found you
I’ll be there with a love that’s strong
I’ll be your strength, I’ll keep holding on

Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that’s all I’m after
Whenever you need me, I’ll be there
I’ll be there to protect you, with an unselfish love that respects you
Just call my name and I’ll be there

If you should ever find someone new, I know he’d better be good to you
cause if he doesn’t, I’ll be there
Don’t you know baby yeah
I’ll be there, I’ll be there, just call my name, I’ll be there

(just look over your shoulders, honey)

I’ll be there, I’ll be there, whenever you need me, I’ll be there
Don’t you know, baby, yeah

I’ll be there, I’ll be there, just call my name, I’ll be there..

http://www.youtube.com/watch?v=cJr9Usel7v8&feature=related

`meminati dan menyayangi seseorang tidak semestinya berakhir di jinjang perkahwinan`

Comments No Comments »

actually, dunno apa title yg sewajarnya diletakkan on my post kali ni..pikir punya pikir..go deeper and deeper, akhirnya..amik yg paling simple skali la kot..update

ok,skrg di oxford dah msuk 9th week, and mostly dah rmai dah yg habis exam (for undergrads and part of postgrads), so kalo cycling ke lab and di lab skrg nie terasa la, amatlah sunyi nyer. In my lab, skkrg tinggal Kylie, aq n Juan je..nevertheless, in 2 weeks time, akn dtg 2 org summer students dari Russia n Taiwan, so hopefully takde la sunyi sgt nanti.. apart from that, alhamdulillah la kot, project msih berjalan and kehidupan di ox masih lagi mcm biasa.

oh yeah, activities sepanjang bulan June nie..pertama nya, dengan kekawan di Ox, aq g punting dgn dieorg after Nabilla habis her final!!Cuak sbb first time punting n dok atas bot yg mcm tak stabil n tgk lak air Thames mcm pelik je..haha. afterthat, dinner di St Hilda’s..

next, sabtu 6th June nyer kiteorg g mem’picking’ buah2an..dpt la strawberries n gooseberries n carrots!!!!!!!! best2 sbb dpt petik sendiri n also, dpt rasa fresh..and aq rasa, aq ‘tasting’ byk gak la..mcm kenyang je bila nk keluar dari farm tue, tho terpampang jelas kat situ yg boleh rasa but jgn jadikan ur lunch!haha..sorry!!

minggu depannya lak, g punting dgn my lovely labmates!!waa..best gilerrr!! since kali ni dah second times, so rsa mcm confident la sket..haha..kiteorg not just punting, but also lunch-picnic kat tengah sungai!!!!!!!!!!!!!!sgt best!!

miggu ni Kylie takde, die g holiday kat Tunisia,so kalo g lab, ade aq n Juan je..and dua hari nie..(actually start last week lagi) alat lak wat hal..erm..dugaan btol, so aq pun jadilah penyakit pemalas..kekeke..

this coming monday, aq n labmates akn ke rumah Juan utk celebration sket sbb one of our Part 11 students dah habis viva..maybe akan makan2 n biasa la, mabuk2 sket(dieorg je)..keke.

apa lagi yek nk tulis?erm…haa..skrg ni dah bulan 6, dh nak habis pun kan..so dah dekat setahun dah kat sini..and bulan 9 nie antara bulan mencabar dlm research kot..erm..hopefully everything will be fine..and dah tak lama lagi dah nak puasa!!!!!!!!!!!best!!!!!!!!!

ok lah..tue je kot..dah beku lak idea nie..tak keluar2 lak..hehehe..before that, kat bawah ni ada gambar khas yg aq amik daripada notice one of my flatmates, Shantona!!!!! GOOD LUCK utk ur exams!!!! Skrg nie aq tak leh bising2 sgt sbb kesian si SHantona nak study (walaupun die skrg nie 4/5day ada kat library!!).

Comments No Comments »

haha..skrg dah msuk 6th week for Trinity and mostly students undergrad dah rmai dah yg start exam. ANtara kelainan dan mungkin jugak tradisi di sini, sudents yg nak amik exam or rsanya acara formal University or College kene pakai full academic dress! Senang2 kalau lelaki kene pakai ‘blazer’ with white bow tie and jugak gown. So, nampak la students ni smart and cantik gilerr…haha. And, maybe tradition jgak, ada 3 warna utk peperiksaan (warna merujuk kpd bunga yg dipakai oleh students)..Putih utk first paper, Pink utk second and onwards and Red utk last paper! Bunga ape..entah lupe lak namanya..keke..

btw: our group akn ada 2 summer students, sorg Taiwanese and another one Russian..bgus gak, tak la sunyi sgt nanti..sbb kalo part2 dah takde..tinggal 3 org je!!

p/s: Kylie akan bercuti selama seminggu sempena summer and sekembalinya beliau drpd cuti..tugas pertama aq ialah, submit draft utk transfer report..complete version!!! PENGSAN!!..satu pun tak buat lagi..adoiii…ada dlm 3 miggu je la gi nie!!!

Comments 1 Comment »

kata orang rindu itu sesuatu perkara yang menyeksakan dan meletihkan..benar bagi aq..rindu adalah perasaan yang sukar untuk dibuang buat masa sekarang..hampir setahun di sini, rindu pada suasana Malaysia smakin menjadi-jadi..aq rindukan ibu yang selalu ada walau di mana aq berada..ibu yang sentiasa memberikan senyuman takkala aq bermasam muka..ibu yang menceriakan suasana ketika aq kemurungan..ibu yang membalas dengan belaian takkala diberikan tangisan oleh aq..kerinduan tak terbendung kepada arwah ayah yang telah setahun menghadap Ilahi..apa khabar agaknya abah di sana? Rindu akan ketegasan bah dalam membuat sesuatu keputusan..rindu akan abah yang selalu mengambil berat akan diri aq..rindu akan abah yang tak jemu menjemput aq acapkali aq pulang ke rumah..rindu akan adik2 ku di rumah..rindu dengan per’gaduhan’ yang selalu terjadi antra kita..rindu pada abang dan kakak ipar di malaysia..pada anak2 saudara yang banyak kerenah..rindukan kaum kerabat di sana..dengan perjumpaan keluarga yang amat dirindui..dan aq tak mampu menafikann,aq merindui seseorang yng jauh..namun aq begitu lemah dan tidak gentleman utk mengatakkan kerinduan aq kepada insan2 yang aq rindui..

Comments No Comments »

The 100: A RANKING OF THE MOST INFLUENTIAL PERSONS IN HISTORY by Michael H. Hart

My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may suprise some readers and maybe questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

of the humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religions and became an immersely effective leader. Today, thirteen centuries after his death his influence is still powerful and pervasive.

the majority of the persons in this book had the advantage of being born and raised in centers of civilisation, highly cultured or politically piyotal nations. Muhammad, however, was born in the year 570, in the city of Mecca, in southern arabia, at that time a backward area of the world, far from the centres of the trade, art and learning. orphaned at age six, he was reared in modest surroundings. Islamic tradition tells us that he was illiterate.  His economic position improved when at age 25, he married a wealthy widow. Nevertheless as he approach forthy, there was a little outward indication that he was a remarkable person.

most arabs at that time were pagans, who believed in many gods. there were however in Mecca, a small number of Jews and Christian; it was from them no doubt that Muhammad first learned of a single omnipotent God who ruled the entire universe. When Muhammad was forthy years old, he became convinced that this one true God[ALLAH] wa speaking to him and had chosen him to spread the truth faith.

http://en.wikipedia.org/wiki/The_100

to be continued..penat tapi enjoy membaca buku nie.

Comments No Comments »

Quote from BBC..

rasanya isu ni panas dibincangkan di Malaysia..sampaikan ke UK sekali msuk berita..keke..

link:

http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/south_asia/8065597.stm

‘A Catholic church in Malaysia which prays to Allah has prompted a court case over who can use the word.

Muslim leaders say Islam should be the only faith to use it, saying its use in other faiths could lead to confusion and conversions’

personal: aq tak kisah org2 bukan Islam ni nak gunakan nama Allah sbb kalau kita tak benarkan diaorg menggunakan Allah..habis tue, adakah kita nak memperakui tuhan mereka? Atau adakah kita seumpama membenarkan Allah itu diperbanyakkan????-nauzubillah-

Comments 1 Comment »

takkala tak dapat tidur dan sementara nak tunggu subuh di sini..

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat

Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah

Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaran-Mu
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini

Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu

Comments No Comments »

Petikan daripada Utusan Malaysia Isnin 18 May 2009

ANAK-anak adalah harta yang tidak ternilai kurniaan Allah SWT kepada pasangan suami isteri sebagai penyeri dalam rumah tangga.

Ada anak-anak yang gagal kerana miskin dan terpaksa mengorbankan pelajaran semata-mata untuk membantu ibu bapa. Sayangnya kita tidak pernah menyelami bagaimana perasaan mereka yang terpaksa melupakan hasrat menyambung pelajaran kerana kesempitan hidup sedangkan mereka mempunyai impian mahu mengubah nasib keluarga.

Inilah mukadimah kisah yang ingin saya kongsi bersama pembaca minggu ini. Luahan seorang anak yang sehingga kini masih gagal membahagiakan kedua ibu bapanya.

Wanita ini yang saya panggil sebagai Mas, berusia lewat 20-an, sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan anak. Kita ikuti cerita Mas yang diluahkan kepada saya sebagai iktibar.

“Saya telah lama ingin berkongsi kisah ini dengan pembaca tetapi saya pendamkan hajat itu kerana saya tidak pandai menulis. Setiap kali cuba, saya akan menangis.

“Saya bekerja sebagai kerani di salah sebuah jabatan kerajaan di Melaka. Perjalanan hidup saya agak susah, tapi saya reda. Saya lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) walaupun tidak cemerlang. Alhamdulillah walaupun susah tapi ibu bapa memberi kami didikan dunia akhirat yang cukup.

“Adik kedua, lelaki, bekerja dengan syarikat feri pelancong yang berlabuh di sempadan Singapura-Malaysia, tetapi bekerja dengan warga asing, kadang-kadang gaji pun dibayar separuh. Namun adik saya tidak patah semangat. Naluri kakak yang sulung bila adik kesusahan, walau sedikit sebanyak mesti nak tolong.

“Adik ketiga belajar di Institut Latihan Perindustrian (IPL) dan akan tamat akhir tahun ini. Adik keempat dan kelima, perempuan belajar di sekolah menengah dan adik yang kecil berusia 11 tahun, masih bersekolah.

“Baba saya berumur 63 tahun tapi alhamdulilah belum mendapat penyakit darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, hanya ada gout sahaja. Emak pula berusia 53 tahun, tidak bekerja tetapi membantu baba di warung kopi.

“Hidup kami sentiasa teruji, kadang-kadang saya tidak tertanggung, tapi apa boleh buat, ini namanya manusia. Pada tahun 2007, adik saya yang sedang belajar di ILP kemalangan teruk, koma dua hari, mujur umur panjang. Saya mengambil cuti, menjaganya di Hospital Melaka dan kemudian ke Hospital Kuala Lumpur.

“Tiada tempat untuk saya tidur hanya di kaki lima hospital sahaja saya melelapkan mata. Saya tidak sanggup meninggalkan adik keseorangan.

“Tidak tergamak juga saya hendak membiarkan baba dan emak menjaga adik. Saya pikul tanggungjawab sebagai anak sulung dan kakak demi kerana kasih pada adik.

“Syukur kepada Allah SWT, lama kelamaan adik saya beransur sedar dan pulih, saya orang pertama yang berpuasa tanda kesyukuran. Tidak mahu kalah kepada ujian, saya mengambil peperiksaan SPM Vokasional dan berjaya mendapat gred dua. Saya cuba memohon memasuki universiti tetapi gagal.

“Akhirnya saya masuk ke sebuah kolej swasta. Sayangnya hanya bertahan dua semester sahaja.

“Wang pinjaman saya gunakan sedikit, yang lain diberi pada baba untuk belanja. Baba sering datang menjenguk saya dengan menunggang motor Honda Ex5 dari Melaka ke Bangi, bayangkan pengorbanan baba.

“Tetapi kita hanya merancang Allah yang menentukan, saya gagal, walau puas mencuba untuk berjaya. Saya pulang ke kampung dengan rasa kecewa. Pada masa yang sama saya berusaha untuk menyambung pelajaran di universiti tetapi tetap gagal.

“Saya mengambil keputusan untuk bekerja di kebun bunga dari pukul 8 pagi hingga 3 petang dengan gaji RM600 sebulan sementara dari pukul 5 petang hingga 1 pagi bekerja kilang. Niat saya hanya satu, membantu keluarga.

“Sehingga akhir tahun 2000, saya membuat dua kerja. Saya mencuba nasib melanjutkan pelajaran di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia, alhamdulillah saya berjaya masuk dan mendapat CGPA 3.24, walaupun hanya sekadar sijil tapi saya bersyukur.

“Habis belajar tahun 2002, Allah kurniakan saya pekerjaan sebagai pembantu pertanian, sukanya saya dengan gaji pokok RM979, umur saya 22 tahun cukup membanggakan saya dicampur dengan elaun agak lumayan bagi saya.

“Saya mampu membuat pinjaman peribadi membeli keperluan rumah keluarga, kami tinggal di rumah pangsa setelah diusir dari tanah sendiri. Kata baba, dia mampu menyewa.

“Namun ketentuan Allah tidak siapa mampu menolak. Saya dilamar oleh seorang lelaki yang saya temui ketika berkursus. Saya yakin dia boleh membahagiakan saya.

“Lamarannya saya terima dengan kata-kata apabila dia menerima saya, bermakna dia sanggup menerima saya dan keluarga saya dan kehidupan kami yang serba kekurangan. Ertinya dia perlu sanggup berkongsi kesusahan dengan saya.

“Saya bertunang ketika umur 24 tahun dan berkahwin dua tahun kemudian. Sekarang usia saya 29 tahun, sepatutnya saya sudah menimang cahaya mata, tetapi saya cuba memohon kepada Allah dilambatkan sedikit untuk saya membantu emak, baba dan adik-adik.

“Saya dan suami sama-sama membantu keluarga saya, Allah mengurniakan suami anak yatim, hanya mempunyai dua orang kakak yang berjaya dalam hidup, dan baik-baik belaka. Setiap bulan kami memberi baba dan mak wang perbelanjaan.

“Pada 2008, saya membuat pinjaman dan membuka restoran dengan harapan untuk membantu meningkatkan kehidupan keluarga. Sayangnya restoran itu hanya dapat bertahan setahun.

“Sebagai anak, saya ingin membeli rumah untuk emak dan baba sebab tidak mahu mereka tinggal menyewa di rumah pangsa selama-lamanya. Saya pernah mengajak mereka tinggal dengan saya tetapi mereka ingin rumah sendiri. Apa pun terjadi saya akan usahakan sampai mereka dapat rumah sendiri, insya-Allah.

“Saya tidak mahu cakap takbur tapi sebagai anak, saya akan pastikan emak dan baba tidak akan menerima wang Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana saya masih ada.

“Saya mampu menyara mereka biar apa pun terjadi. Setiap hari saya berdoa agar usia mereka dipanjangkan dan mereka diberi kesihatan yang baik kerana saya dan adik-adik masih memerlukan mereka.

“Setiap pengorbanan ada ganjaran, setiap ujian ada hikmahnya. Saya akur dengan ketentuan Ilahi. Khabar terkini yang ingin saya kongsi, saya telah mendapat tawaran belajar di Universiti Putra Malaysia (Bintulu) dan dijadualkan mendaftar sebagai pelajar baru pada 27 Mei ini.

“Saya berharap impian saya menggenggam segulung diploma dan ijazah akan dimakbulkan Allah SWT. Kepada baba dan emak, saya akan tunaikan hajat kalian berdua. Kepada suami, terima kasih kerana berkongsi susah senang bersama saya. Kepada adik-adik, belajarlah rajin-rajin agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta jangan lupa jasa dan pengorbanan baba dan emak.”

Terkedu seketika saya jadinya. Dalam banyak kisah inilah kali pertama saya menerima luahan hati seorang anak yang terlalu mengagung dan menyayangi kedua-dua ibu bapanya.

Terasa sayu saya dengan komitmen Mas kepada ibu bapa dan adik-adiknya. Kalaulah ada lagi anak-anak seperti Mas, saya pasti, semua ibu bapa akan merasa bahagia yang amat sangat.

Menutup kata, istimewa buat Mas: “Aku melihat kehidupan daripada pandanganMu. Aku tidak bercita-cita tinggi kecuali melakukan yang terbaik untuk ayah dan ibuku. Mereka telah memberi semua kasih sayang dan rasa cinta kepada kami, anak-anaknya.

“Mereka mengajar kami erti hidup dan cara mengatur perjalanan di landasan sebuah kehidupan. Dan aku, sebagai anak, wanita, isteri dan kakak akan terus berdiri di situ, menemani kalian sebagai bunga yang akan terus semerbak dan burung yang terus berkicau.”

Salam.

Comments 1 Comment »

setelah membuat beberapa pertimbangan yang sewajarnya [seperti yg homealonethree ckp,dia membuat pertimbangan sebelom memperkenalkan diri], maka aq rasa aq suka untuk menceritakan kisah anatara aq dengan homealonethree..

AMARAN: Kepada sesiapa yang membaca kalau ada, ini adalah gambaran serab sedikit sikap aq bila aq piss off dengan seseorang.

Bermula dengan adanya seorang penghantar email yang merahsiakan identitinya, cuma bergelar homealonethree sahaja. aq dah cuba nak cari email yang homealonethree ni hantar tapi mungkin aq dah delete. So, secara ringkas, perbincangan masa tu adalah tentang nama Allah yang digunakan oleh bukan Islam. Si Homealonethree ni tak setuju dengan pendapat sorg ustaz ni and dia berikan pendapat dia. Yang membuatkan aq rasa piss off dgn mamat ni adalah bila dia dalam penulisan terakhir nya mengatakan jangan terlalu fanatik or ekstrim dengan sesuatu dan dia ada include pasal politiking sket. So, aq pun balas dengan email meminta semua memperkenalkan diri. Ni email aq:

From: zulkifli keifli
Subject: Re: [GabunganMahasiwaOx ford] PERKENALKAN DIRI ANDA, PLEASE!
To: GabunganMahasiwaOxf ord@yahoogroups. com
Date: Saturday, 21 March, 2009, 5:33 AM

Assalamualaikum,

Saya mohon kemaafan andai email sya ini mengganggu dan mungkin juga melaser sesiapa. namun, apa yang ingin sya utarakan adalah apa yang ada di benak hati dan minda sya.

Saya akui kita di sini, masyarakat Oxford bukanlah satu masyarakat yg besar..namun, dalam masyarakat yang tidak besar ini, sya akui juga saya tidak mengenali SEMUA individu yang wujud di Oxford ini. Lantaran kita tidak besar and kita juga sentiasa sibuk dengan aktiviti masing-masing, kita tubuhkan yahoo group dan sebagainya sebagai wadah untuk berinteraksi, berdiskusi.

Saya juga percaya, melalui email dan perbincangan ini, kita akan dapat berinteraksi dengan lebih baik. Meski pun, kita mungkin berbeza pendapat, namun saya pasti perbezaan pendapat dalam hal2 bukan akidah adalah baik, kerana kita akan merasakan keperluan untuk mencari kebenaran.

Bercakap soal kebenaran, saya juga yakin dan percaya..kita TIDAK perlu takut untuk menyatakan sesuatu, kerana jika kita yakin dan ada bukti yang menjadi asas kepercayaan kita, maka kita bebas untuk menyatakannya. dan, sya juga percaya, dalam setiap perbalahan or pertikaian yang wujud, setiap kita perlulah BERLAPANG DADA untuk menerima nasihat dan pandangan.

Namun, maaf jika saya terkasar..melihat suasana yang berlaku sekarang,saya merasa agak dukacita dengan apa yang berlaku..saya bersyukur sebenarnya kerana kita dapat bertukar idea berkenaan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, dan saya amat menghargai usaha Ustaz Khairi, saudara/i homealonethree n farah. terima ksih atas komen2 anda smeua, and sya rasa bersyukur n isu ini memang menarik untuk dibincang dengan lebih mendalam. Mungkin, esok semasa kelas solat, Ustaz Khairi boleh memperjelaskan dengan lebih lanjut. Dalam konteks ini, apa yang agak mengecewakan saya ialah, tiadanya KEBERANIAN untuk memperkenalkan diri anda sebagai anda sendiri. Maksud saya begini, saya mohon agar sesiapa yang menghantar email di group, saya pohon untuk sertakan nama anda..nama sebenar! Bukan menggunakan nama samaran. Saya faham, anda ada hak menggunakannya, namun bagi saya jika anda merasakan pandangan anda benar, kenapa perlu takut? Bukanlah akan mencetuskan pergaduhan dikalangan kita jika menggunakan nama sebenar dalam setiap email, bahkan ini dapat MENGELAKKAN FITNAH DAN SYAK WASANGKA antara kita. Saya juga percaya, anda semua yang berada di Oxford ini telah matang akal fikirannya, justeru mengapa perlu kita malu-malu?

kedua,sya rasa, isu samada ekstrim atau politicking either umno or pas or whatsoever, sewajarnya tidak dibawa bersama ke dalam group ini. Maaf kan saya, tetapi saya cukup tidak berkenan jika isu2 politik dibawa masuk.

Saya rasa itu sahaja pendapat saya, mohon maaf atas kekasaran bahasa, tapi saya cuba menjadi diri saya, bukan bersikap sanctimonious. Sesiapa yang tidak berpuas hati, saya menerima seadanya komen dan teguran.

so, lepas sebulan or maybe jugak beberapa bulan..ni adalah jawapan daripada homealonethree:

From: “homealonethree@yahoo.co.uk” To: GabunganMahasiwaOxford@yahoogroups.com
Sent: Friday, May 15, 2009 11:29:30 AM
Subject: Re: [GabunganMahasiwaOxford] PERKENALKAN DIRI ANDA, PLEASE!

Assalamualaikum Zulkifli,

Maaf kalau email saya ini seperti membalas laser saudara Zulkifli. Sebelum itu, boleh saya nak tahu siapakah saudara Zulkifli? Apa jawatan, berapa umur, sudah berkeluarga kah dan sudah berapa lama berada di bumi Oxford? Bukan apa, ini cuma untuk mengetahui pengalaman kehidupan.

Saya tidak mahu bercakap banyak dalam hal ini. Kalau saudara Zulkifli kata semua yg berada di Oxford ini telah matang fikiran, kenapa tak ambil perkara yg lebih penting, iaitu isi kandungan/pendapat email, berbanding perkara kecil (iaitu nak sangat tau siapa yg menghantar email) dan nak timbulkan fitnah/syak wasangka. Orang yg menfitnah/syak wasangka yang lebih tak matang fikiran di sini. Buat pengetahuan Zulkifli, saya ikhlas memberi komen. Cara penerimaan/penolakk an/reaksi pembaca mencerminkan pengalaman dan matang atau tak matang diri mereka tersebut.

Saya malas nak menyenaraikan keburukan dan kebaikan jika memperkenalkan diri, tapi keburukannya lebih banyak. Telah lama saya fikirkan perkara ini, dan ia sebenarnya membantutkan usaha saya untuk “add value” dlm yahoogroup ini.

Untuk mententeramkan saudara Zulkifli, kita minta pandangan ustazmadinah dari kontek Islam tentang memberi teguran dan pandangan terhadap pemerintah/ulama/ ustaz etc. etc. dlm hal memperkenalkan diri - perlukah memperkenalkan diri kalau nak memberi teguran atau pandangan terhadap pemerintah/ulama/ ustaz etc. etc.

Mohon maaf kalau terkasar bahasa.
Waallahua’lam

- homealonethree -
( I’m back )

Maka ini pula adalah jawapan aq kepada dia, setelah dia bertanya soalan:

From: zulkifli keifli
Subject: Re: [GabunganMahasiwaOxford] PERKENALKAN DIRI ANDA, PLEASE!
To: homealonethree@yahoo.co.uk
Date: Friday, 15 May, 2009, 3:28 PM

Waalaikummussalam..

Owh, actually tidak sedikit pun email saudarai melaser saya, malahan saya tak tercedera walau secebis dengan pertanyaan..lagipun, itu sekadar questions.

Jawatan? Saya pelajar di Wadham College, bukan lah org besar seperti saudarai agaknya. Umur, 23 alhamdulillah masih lagi dikurniakan peluang melihat dunia. Saya masih bujang dan tidak mempunyai sebarang plan untuk berkeluarga buat masa ini. Saya telah berada di sini sejak bulan september tahun lepas, mungkin amat baru dibandingkan dengan saudarai yang mungkin telah menetap disini agaknya?

Untuk pengetahuan saudarai, bagi saya umur, mahupun tempoh masa bukanlah penentu hakiki kepada kematangan kita, kerana ada sahaja keadaan yang muda itu boleh memperbetulkan keadaan yang berusia.

Maaf, tapi saya tidak berminat untuk memanjangkan perkara ini. Maaf atas email saya yang telah membuatkan saudarai terasa or whatsoever.

and ini pula email last dia:

Thanks,
That showed the true you.
:)

- homealonethree -

haha..panjang jugak post kali ni..tapi, mcm aq ckp..aq kalau tak suka, cakap terang terang and jangan nak cakap tanpa nama..

Comments 2 Comments »

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that’s why you’ll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with?

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You have plenty of dream jobs but have little chance of doing any of them if you don’t focus on something in particular. You need to choose something and go for it to be happy and achieve success.

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Comments No Comments »