setelah membuat beberapa pertimbangan yang sewajarnya [seperti yg homealonethree ckp,dia membuat pertimbangan sebelom memperkenalkan diri], maka aq rasa aq suka untuk menceritakan kisah anatara aq dengan homealonethree..

AMARAN: Kepada sesiapa yang membaca kalau ada, ini adalah gambaran serab sedikit sikap aq bila aq piss off dengan seseorang.

Bermula dengan adanya seorang penghantar email yang merahsiakan identitinya, cuma bergelar homealonethree sahaja. aq dah cuba nak cari email yang homealonethree ni hantar tapi mungkin aq dah delete. So, secara ringkas, perbincangan masa tu adalah tentang nama Allah yang digunakan oleh bukan Islam. Si Homealonethree ni tak setuju dengan pendapat sorg ustaz ni and dia berikan pendapat dia. Yang membuatkan aq rasa piss off dgn mamat ni adalah bila dia dalam penulisan terakhir nya mengatakan jangan terlalu fanatik or ekstrim dengan sesuatu dan dia ada include pasal politiking sket. So, aq pun balas dengan email meminta semua memperkenalkan diri. Ni email aq:

From: zulkifli keifli
Subject: Re: [GabunganMahasiwaOx ford] PERKENALKAN DIRI ANDA, PLEASE!
To: GabunganMahasiwaOxf ord@yahoogroups. com
Date: Saturday, 21 March, 2009, 5:33 AM

Assalamualaikum,

Saya mohon kemaafan andai email sya ini mengganggu dan mungkin juga melaser sesiapa. namun, apa yang ingin sya utarakan adalah apa yang ada di benak hati dan minda sya.

Saya akui kita di sini, masyarakat Oxford bukanlah satu masyarakat yg besar..namun, dalam masyarakat yang tidak besar ini, sya akui juga saya tidak mengenali SEMUA individu yang wujud di Oxford ini. Lantaran kita tidak besar and kita juga sentiasa sibuk dengan aktiviti masing-masing, kita tubuhkan yahoo group dan sebagainya sebagai wadah untuk berinteraksi, berdiskusi.

Saya juga percaya, melalui email dan perbincangan ini, kita akan dapat berinteraksi dengan lebih baik. Meski pun, kita mungkin berbeza pendapat, namun saya pasti perbezaan pendapat dalam hal2 bukan akidah adalah baik, kerana kita akan merasakan keperluan untuk mencari kebenaran.

Bercakap soal kebenaran, saya juga yakin dan percaya..kita TIDAK perlu takut untuk menyatakan sesuatu, kerana jika kita yakin dan ada bukti yang menjadi asas kepercayaan kita, maka kita bebas untuk menyatakannya. dan, sya juga percaya, dalam setiap perbalahan or pertikaian yang wujud, setiap kita perlulah BERLAPANG DADA untuk menerima nasihat dan pandangan.

Namun, maaf jika saya terkasar..melihat suasana yang berlaku sekarang,saya merasa agak dukacita dengan apa yang berlaku..saya bersyukur sebenarnya kerana kita dapat bertukar idea berkenaan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, dan saya amat menghargai usaha Ustaz Khairi, saudara/i homealonethree n farah. terima ksih atas komen2 anda smeua, and sya rasa bersyukur n isu ini memang menarik untuk dibincang dengan lebih mendalam. Mungkin, esok semasa kelas solat, Ustaz Khairi boleh memperjelaskan dengan lebih lanjut. Dalam konteks ini, apa yang agak mengecewakan saya ialah, tiadanya KEBERANIAN untuk memperkenalkan diri anda sebagai anda sendiri. Maksud saya begini, saya mohon agar sesiapa yang menghantar email di group, saya pohon untuk sertakan nama anda..nama sebenar! Bukan menggunakan nama samaran. Saya faham, anda ada hak menggunakannya, namun bagi saya jika anda merasakan pandangan anda benar, kenapa perlu takut? Bukanlah akan mencetuskan pergaduhan dikalangan kita jika menggunakan nama sebenar dalam setiap email, bahkan ini dapat MENGELAKKAN FITNAH DAN SYAK WASANGKA antara kita. Saya juga percaya, anda semua yang berada di Oxford ini telah matang akal fikirannya, justeru mengapa perlu kita malu-malu?

kedua,sya rasa, isu samada ekstrim atau politicking either umno or pas or whatsoever, sewajarnya tidak dibawa bersama ke dalam group ini. Maaf kan saya, tetapi saya cukup tidak berkenan jika isu2 politik dibawa masuk.

Saya rasa itu sahaja pendapat saya, mohon maaf atas kekasaran bahasa, tapi saya cuba menjadi diri saya, bukan bersikap sanctimonious. Sesiapa yang tidak berpuas hati, saya menerima seadanya komen dan teguran.

so, lepas sebulan or maybe jugak beberapa bulan..ni adalah jawapan daripada homealonethree:

From: “homealonethree@yahoo.co.uk” To: GabunganMahasiwaOxford@yahoogroups.com
Sent: Friday, May 15, 2009 11:29:30 AM
Subject: Re: [GabunganMahasiwaOxford] PERKENALKAN DIRI ANDA, PLEASE!

Assalamualaikum Zulkifli,

Maaf kalau email saya ini seperti membalas laser saudara Zulkifli. Sebelum itu, boleh saya nak tahu siapakah saudara Zulkifli? Apa jawatan, berapa umur, sudah berkeluarga kah dan sudah berapa lama berada di bumi Oxford? Bukan apa, ini cuma untuk mengetahui pengalaman kehidupan.

Saya tidak mahu bercakap banyak dalam hal ini. Kalau saudara Zulkifli kata semua yg berada di Oxford ini telah matang fikiran, kenapa tak ambil perkara yg lebih penting, iaitu isi kandungan/pendapat email, berbanding perkara kecil (iaitu nak sangat tau siapa yg menghantar email) dan nak timbulkan fitnah/syak wasangka. Orang yg menfitnah/syak wasangka yang lebih tak matang fikiran di sini. Buat pengetahuan Zulkifli, saya ikhlas memberi komen. Cara penerimaan/penolakk an/reaksi pembaca mencerminkan pengalaman dan matang atau tak matang diri mereka tersebut.

Saya malas nak menyenaraikan keburukan dan kebaikan jika memperkenalkan diri, tapi keburukannya lebih banyak. Telah lama saya fikirkan perkara ini, dan ia sebenarnya membantutkan usaha saya untuk “add value” dlm yahoogroup ini.

Untuk mententeramkan saudara Zulkifli, kita minta pandangan ustazmadinah dari kontek Islam tentang memberi teguran dan pandangan terhadap pemerintah/ulama/ ustaz etc. etc. dlm hal memperkenalkan diri - perlukah memperkenalkan diri kalau nak memberi teguran atau pandangan terhadap pemerintah/ulama/ ustaz etc. etc.

Mohon maaf kalau terkasar bahasa.
Waallahua’lam

- homealonethree -
( I’m back )

Maka ini pula adalah jawapan aq kepada dia, setelah dia bertanya soalan:

From: zulkifli keifli
Subject: Re: [GabunganMahasiwaOxford] PERKENALKAN DIRI ANDA, PLEASE!
To: homealonethree@yahoo.co.uk
Date: Friday, 15 May, 2009, 3:28 PM

Waalaikummussalam..

Owh, actually tidak sedikit pun email saudarai melaser saya, malahan saya tak tercedera walau secebis dengan pertanyaan..lagipun, itu sekadar questions.

Jawatan? Saya pelajar di Wadham College, bukan lah org besar seperti saudarai agaknya. Umur, 23 alhamdulillah masih lagi dikurniakan peluang melihat dunia. Saya masih bujang dan tidak mempunyai sebarang plan untuk berkeluarga buat masa ini. Saya telah berada di sini sejak bulan september tahun lepas, mungkin amat baru dibandingkan dengan saudarai yang mungkin telah menetap disini agaknya?

Untuk pengetahuan saudarai, bagi saya umur, mahupun tempoh masa bukanlah penentu hakiki kepada kematangan kita, kerana ada sahaja keadaan yang muda itu boleh memperbetulkan keadaan yang berusia.

Maaf, tapi saya tidak berminat untuk memanjangkan perkara ini. Maaf atas email saya yang telah membuatkan saudarai terasa or whatsoever.

and ini pula email last dia:

Thanks,
That showed the true you.
:)

- homealonethree -

haha..panjang jugak post kali ni..tapi, mcm aq ckp..aq kalau tak suka, cakap terang terang and jangan nak cakap tanpa nama..

2 Responses to “homealonethree”
  1. saba zul, tak ke mana orang ni.

  2. cintakan tradisi yang sebati dengan ilusi assunnah bertentangan dengan cintakan tradisi yang sejajar realiti assunnah..

Leave a Reply