wajarkah mempercayai mufti atau akhbar or media malaysia
Posted by: zul-keiflie in Uncategorizederm, maaf lah atas entry yg kali ini..tapi, sesiapa yang tidak suka or kurang setuju, sila lah komen or boleh terus hubungi sya..sya insyaallah bersikap terbuka.
utusan malaysia, berita harian, rtm and rangkaian media prima baru-baru ini, berulang kali menyiarkan perihal Menteri Besar Kelantan yang dikatakan mengeluarkan fatwa yang menyeleweng daripada islam..isu ini menjadi isu hangat menjelang pilihanraya kecil permatang pasir, bahkan dimainkan dengan sebegitu hebat sekali oleh semua pihak (tidak kiralah pembangkang atau pun parti barisan nasional). Selain 2 pihak utama ini, ada juga mungkin seorang sohibus samahah tan sri mufti yang memberikan pendapat tentang ‘apa yang disifatkan’ kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz. selama beberapa hari ni, Nik Aziz dihentam habis-habisan..bahkan, esoknya..majlis fatwa kebangsaan (yang selalunya MATI, tiba2 hidup semula.)
malam tadi di tv3, buletin utama menyiarkan audio temubual Nik Aziz yang tidak dibisukan (sebelum ini, rakaman ini disiarkan tetapi dibisukan) dan Utusan Malaysia juga telah menjadikan berita utama pada hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:
‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.
‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’
sebagai seorang yang mampu berfikir and tidak hanya mendengar kenyataan melalui pembacaan (seperti seorang mufti ni), maka apa yang dapat disimpulkan ialah:
Nik Aziz tidak pernah dalam temuramah itu mengatakan yang ahli umno tidak akan masuk syurga!! Saya tidak mahu mengulas adakah UMNO ini parti Islam atau bukan, bab itu kena tanya sendirilah ahli UMNO ataupun pengasas or maybe perlembagaan UMNO.
Akhirnya, apa yang tersirat yang selalu disorokkan oleh individu2 ini tertonjol juga. Bagi saya, bila media menyiarkan rakaman yang asli ini, menjelaskan sebenarnya media di malaysia adalah antara media yang hebat memutar belitkan fakta..sampaikan sohibus samahah sendiri melatah.
p/s: for me, dalam isu2 sensitif seperti Islam, syurga neraka ini, ahli2 agama perlulah menyelidik dahulu sumber dan kebenarannya sesuatu isu tersebut..media juga, janganlah hanya nak meramaikan pembaca, dengan rakusnya menyiarkan berita palsu..aq masih boleh terima kalau wartawan and ahli krew yang terlibat dalam memutarbelitkan fakta itu semuanya bukan Islam, tapi kalau Islam..amatlah malang nasib malaysia tanah airku.
Entries (RSS)