Archive for September, 2009

Syukur kehadzrat Ilahi atas kurniaan umur dan nikmat kesihatan yang selama ini..walau sentiasa aq membelakangi Nya dalam tindakan..masih diberi kesempatan untuk berada di sini..semoga ini bukanlah menjadi satu kurniaan yang akan dimanfaat kan dengan baik oleh aq.

ucapan hari raya khas buat yang tersayang di rumah..emak aq (Nurbanun binti Salleh), semoga emak terus bahagia and terima kasih atas segala perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. hanya Allah yang mmapu membalas jasa mak..terima kasih Mak!!

Untuk yang tersayang..namun jauh di mata, dekat dihati..maaf sebab Zul tak dapat nak ziarah lagi raya ni..dah dua kali Eid tak g ziarah, insyaallah bulan 11 nanti, will do..miss u ‘Abah’.

untuk adik2 aq and abang2 aq..selamat hari raya, maaf zahir batin..

untuk semua saudara mara di Malaysia..selamat hari raya..minta maaf atas semua salah dan silap. semoga hari raya ini menjadi hari bahagia buat antum semua dan semoga sentiasa berbahagia.

buat semua rakan2 yang aq ingati dan kasihi, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Insyaallah agak tidak sabar utk berjumpa korang semua..mengenang kembali detik2 berpuasa, berbuka bersama, for example. Selamat hari raya!!

buat semua students aq yang aq tak pernah lupa walaupun dah lama tak tegur..mintak maaf atas semua salah silap aq..semoga korang berbahagia di hari raya ini dan semoga sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang yang korang ceburi..

Selamat Hari Raya..Minta maaf atas semua salah silap. Aq manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..sentiasa terkhilaf dalam tindakan. Mustahil untuk aq mengatakan ‘kalau ada salah silap’, kerana aq tahu..memang ada salahnya diri aq ni..jadi, aq mohon maaf atas semua salah silap aq..

Zulkifli Idris

Comments 2 Comments »

erm..penat rasanya membaca cerita penentangan puak2 melayu yang merasakan diri mereka adalah melayu dan konon2 nya memperjuangkan Islam..namun yang mungkin secara bodoh, telah sebenarnya memalukan dan menghinakan melayu dan agama sendiri.

toleransi la sket..memalukan betol. pernah tak melayu yang mogok pijak kepala lembu tu pikir: makcik india dan cina2 malaysia yang duduk sebelah masjid, setiap ari 5 kali sehari dengar azan???? Ada dieorg bising??? Kalau ada bising pun, ada sampai merusuh pijak2 Quran????

ai..malangnya melayu bernama Haji Azmir Md Zin (merangkap pengerusi penaja sebuah badan politik)

Comments No Comments »