Author Archive

alhamdulillah, pujian dipanjatkan kepada Allah yang masih memberikan peluang kepada aq utk mencoretkan sesuatu di sini.

cepat sungguh masa berlalu, sedar2 dah setahun aq berada di sini..masih lagi aq ingat tarikh 29hb September 2008, dalam keadaan insan di Malaysia sedang dalam persiapan terakhir utk menyambut aidilfitri, aq sedang resah menantikan detik penerbangan aq ke sini, perpisahan kali pertama yang betol2 menjarakkan aq dengan family (tho dari sekolah menengah aq memang dah tak duduk di rumah sgt, sbb form 1-3 di smka pahang,mrsm muadzam and form 4-5 di mrsm taiping, habis je spm lak ke johor..). alhamdulillah, family tersayang menghantar dan alhamdulillah urusan aq dipermudahkan sepanjang dalam flight..sampai sekarang rasanya, aq masih lagi boleh ingat apa2 peristiwa ‘kelaka’ dlm flight ke london tu.

and sekarang, aq dah berada di oxford ni setahun lebih sket..infact, rumah pun dah bertukar..jika dulu, duduk di College accommodation, at the moment, aq dah berpindah ke private house..alhamdulillah, rumah yg ni cantik and i like it so much!

and..apa yang lebih best (at least for me), aq dah berjaya lepas apa yang aq takuti selama ini..alhamdulillah. on the 22nd of september 2009, aq ada exam for ‘transfer of status’ from Probationer Research Student to a Research Student Candidate (this is what i called)..and aq prepare menda ni rasanya lama jugak, sejak bulan 7 kot..dah start buat report and Kylie even semak my report 4 kali!! Mula2 agak stress jugak, dgn labworks, meetings and pastu Kylie yang selalu mintak draft..tapi, di akhirnya..aq terasa, bertuah dapat supervisor yang mcm ni..setiap words dlm my report dia akan check and ask me back, apa maksud yg aq nak sampaikan..dia akan betolkan grammar (tapi, satu yang aq perasan, dia takkan ubah cara kita present report kita, just grammatical errors yg dibetulkan)..sebab, ada ramai je supervisor yg tak usik pun report students die..and on that day, alhamdulillah..viva tu berjalan lancar,of course ada soalan yg aq tak dpt jawab..and aq jwab je kat examiners aq tu, sorry sir..i don’t know. almost half an hour dlm bilik tu buat aq berpeluh!! alhamdulillah, balik je drpd cuti sakit, kylie ckp..aq pass that viva!! and at the moment, aq tgh isi borang tukar programme of study drpd MSc by research to DPhil in Inorganic Chemistry.

minggu lepas (or should be two weeks ago), aq demam and selesema n coughing..seminggu terlepak je kat rumah..haha. Kol NHS and diagnosed with swine flu, but i still rasa, dieorg takot je lebih kot..

sekarang..menantikan hari esok..dengan experiments yang semakin banyak kene buat..dengan waktu utk pulang ke malaysia yang semakin hampir..owh, i need a rest!! (tho aq memang dah byk rest)..

see u!

Comments No Comments »

Syukur kehadzrat Ilahi atas kurniaan umur dan nikmat kesihatan yang selama ini..walau sentiasa aq membelakangi Nya dalam tindakan..masih diberi kesempatan untuk berada di sini..semoga ini bukanlah menjadi satu kurniaan yang akan dimanfaat kan dengan baik oleh aq.

ucapan hari raya khas buat yang tersayang di rumah..emak aq (Nurbanun binti Salleh), semoga emak terus bahagia and terima kasih atas segala perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. hanya Allah yang mmapu membalas jasa mak..terima kasih Mak!!

Untuk yang tersayang..namun jauh di mata, dekat dihati..maaf sebab Zul tak dapat nak ziarah lagi raya ni..dah dua kali Eid tak g ziarah, insyaallah bulan 11 nanti, will do..miss u ‘Abah’.

untuk adik2 aq and abang2 aq..selamat hari raya, maaf zahir batin..

untuk semua saudara mara di Malaysia..selamat hari raya..minta maaf atas semua salah dan silap. semoga hari raya ini menjadi hari bahagia buat antum semua dan semoga sentiasa berbahagia.

buat semua rakan2 yang aq ingati dan kasihi, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Insyaallah agak tidak sabar utk berjumpa korang semua..mengenang kembali detik2 berpuasa, berbuka bersama, for example. Selamat hari raya!!

buat semua students aq yang aq tak pernah lupa walaupun dah lama tak tegur..mintak maaf atas semua salah silap aq..semoga korang berbahagia di hari raya ini dan semoga sentiasa cemerlang dalam apa jua bidang yang korang ceburi..

Selamat Hari Raya..Minta maaf atas semua salah silap. Aq manusia biasa yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan..sentiasa terkhilaf dalam tindakan. Mustahil untuk aq mengatakan ‘kalau ada salah silap’, kerana aq tahu..memang ada salahnya diri aq ni..jadi, aq mohon maaf atas semua salah silap aq..

Zulkifli Idris

Comments 2 Comments »

erm..penat rasanya membaca cerita penentangan puak2 melayu yang merasakan diri mereka adalah melayu dan konon2 nya memperjuangkan Islam..namun yang mungkin secara bodoh, telah sebenarnya memalukan dan menghinakan melayu dan agama sendiri.

toleransi la sket..memalukan betol. pernah tak melayu yang mogok pijak kepala lembu tu pikir: makcik india dan cina2 malaysia yang duduk sebelah masjid, setiap ari 5 kali sehari dengar azan???? Ada dieorg bising??? Kalau ada bising pun, ada sampai merusuh pijak2 Quran????

ai..malangnya melayu bernama Haji Azmir Md Zin (merangkap pengerusi penaja sebuah badan politik)

Comments No Comments »

rasanya masih belom terlambat utk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang mengenali diri aq..walau di mana sahaja anda semua berada, selamat berpuasa dan semoga puasa kita tahun ni diterima oleh Allah..aminn.

alhamdulillah, diam tak diam dah pun lebih seminggu berada dalam bulan ramadhan dan ini adalah ramadhan pertama (kedua actually, tapi last year sempat puasa sehari sahaja) di oxford. Memanglah jika ingin dibanding kan dengan suasana berpuasa di malaysia, hati ini pasti akan sentiasa terluka..(rindu dengan suasana berbuka bersama family, bersama sanak-saudara di kampung dan kawan2 di utm..berjalan2 ke bazar ramadhan a.k.a PARAM in UTM [pasar ramadhan]), tapi dalam kerinduan tersebut, masih banyak lagi pintu kebahagiaan yang dibuka oleh-Nya..alhamdulillah, kehadiran kawan2 di oxford banyak mengubat kekosongan jiwa..syukur kepada Ilahi atas persahabatan ini..terima kasih atas ‘kesabaran’ melayan kerenah budak bernama Zulkifli Idris ini!!

Therefore remember Me, and I will remember you.. [ Quran 2: 152]

Comments 1 Comment »

erm, maaf lah atas entry yg kali ini..tapi, sesiapa yang tidak suka or kurang setuju, sila lah komen or boleh terus hubungi sya..sya insyaallah bersikap terbuka.

utusan malaysia, berita harian, rtm and rangkaian media prima baru-baru ini, berulang kali menyiarkan perihal Menteri Besar Kelantan yang dikatakan mengeluarkan fatwa yang menyeleweng daripada islam..isu ini menjadi isu hangat menjelang pilihanraya kecil permatang pasir, bahkan dimainkan dengan sebegitu hebat sekali oleh semua pihak (tidak kiralah pembangkang atau pun parti barisan nasional). Selain 2 pihak utama ini, ada juga mungkin seorang sohibus samahah tan sri mufti yang memberikan pendapat tentang ‘apa yang disifatkan’ kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz. selama beberapa hari ni, Nik Aziz dihentam habis-habisan..bahkan, esoknya..majlis fatwa kebangsaan (yang selalunya MATI, tiba2 hidup semula.)

malam tadi di tv3, buletin utama menyiarkan audio temubual Nik Aziz yang tidak dibisukan (sebelum ini, rakaman ini disiarkan tetapi dibisukan) dan Utusan Malaysia juga telah menjadikan berita utama pada hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.

Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:

‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’

sebagai seorang yang mampu berfikir and tidak hanya mendengar kenyataan melalui pembacaan (seperti seorang mufti ni), maka apa yang dapat disimpulkan ialah:

Nik Aziz tidak pernah dalam temuramah itu mengatakan yang ahli umno tidak akan masuk syurga!! Saya tidak mahu mengulas adakah UMNO ini parti Islam atau bukan, bab itu kena tanya sendirilah ahli UMNO ataupun pengasas or maybe perlembagaan UMNO.

Akhirnya, apa yang tersirat yang selalu disorokkan oleh individu2 ini tertonjol juga. Bagi saya, bila media menyiarkan rakaman yang asli ini, menjelaskan sebenarnya media di malaysia adalah antara media yang hebat memutar belitkan fakta..sampaikan sohibus samahah sendiri melatah.

p/s: for me, dalam isu2 sensitif seperti Islam, syurga neraka ini, ahli2 agama perlulah menyelidik dahulu sumber dan kebenarannya sesuatu isu tersebut..media juga, janganlah hanya nak meramaikan pembaca, dengan rakusnya menyiarkan berita palsu..aq masih boleh terima kalau wartawan and ahli krew yang terlibat dalam memutarbelitkan fakta itu semuanya bukan Islam, tapi kalau Islam..amatlah malang nasib malaysia tanah airku.

Comments No Comments »

semakin jelik melihat pertikaian politik yang berlaku di malaysia. kekadang aq terpkir, orang politik ni mungkin memang kerja dieorang nak mencari satu isu yang boleh membuatkan seseorang or sekumpulan mempercayai nya..bermati-matian mahu membuktikan ‘kebenaran sesuatu’ walaupun..diakhirnya, yang selama ini dianggap kawan, dianggap saudara..berubah menjadi musuh no 1.jika dahulu, bila berjumpa berpeluk, bersalam..sekarang mendengar nama sahaja dah tak mahu, apatah lagi berjumpa.

apakah akan ada sinar lagi selepas ini??mengharapkan keajaiban pada pilihanraya umum akan datang???

Comments 1 Comment »

satu sahaja pesanan kali ini:

kalau tak nak orang komen atau tak

boleh terima kritikan org pada blog

kita..seeloknya, jangan lah ber

blog..delete sahaja blog atau pun set

kan ke private.. apa gunanya blog

kalau semua komen yang tak disukai

or komen yg mengkritik di delete!!!

Comments 3 Comments »

alhamdulillah dah nak masuk bulan 8 dah pun..maknanya dah hampir setahun dah aq berada di oxford nie..masih lagi bernafas..walu kadang2 susah, namun tetap perlu bernafas utk terus hidup.

Entry khas utk kali ni adalah utk mengucapkan:

Selamat Jalan dan Selamat Kembali ke Malaysia buat beberapa family di oxford.

1. Abg Sham dan Kak Faezah N Daniel! Family ni akan berangkat ke Malaysia jam 10am ari sabtu nie 25hb July. Utk Kak Faiz (I should call her Dr Faezah actually) n Abg Sham, terima kasih atas segala bakti n tunjuk ajar kehidupan di sini. Rasa mcm baru je first email abg sham tanya pasal oxford..tup2 dah nak balik dah kan? Thanks for everything..tolong belikan barang time aq mula2 smpai sini..byak jasa Abg Sham sekeluarga nie..semoga Allah membalas jasa baik Abg Sham n family..aminn..For Daniel (im not sure will u read this or not), welcome to Malaysia and belajar elok2..and support Chelsea or Man U (im still confuse bout this tho) ????..Ops lupe, selamat menyambut baby baru..hehe!!!

2. Abg Asean n Kak Umi n Imran n Rayyan! Terima kasih jugak atas hiburan n nasihat n semua laa..abg asean ni pun sama gak mcm abg sham..baik giler!!! and baby dieorg imran n rayyan pun comel gilerrrr!!! thanks abg asean!! paling tak dapat nk lupe adalah masa balik drpada aktiviti kat summertown house, yg abg asean siap patah balik kasi tumpang..erm, maybe org lain ada pendapat masing2..tapi for me, it’s sangat bermakna..syukran! Selamat mendarat di Malaysia n selamat segalanya..

3. Dr Kalai n Kak mira..thanks for everything jugak! ice cream yg best msa kat umah Dr Kalai..layanan yg first class..sgt seronok!!!

tak lama lagi..akan pulang lagi seorang n lepas tue insyaallah seorang lagi..dua2 yang sangat rapat dalam hidup aq kat sini..insan2 yang banyak membantu, susah n senang..

benarlah kata orang..hujan emas di negeri orang..hujan batu di negeri sendiri..baik lagi di negeri sendiri..

p/s: bila dah berada di sini, baru kutahu..rindu itu menyakitkan, perpisahan itu memedihkan..ukhwah itu mendamaikan..

Comments 2 Comments »

You and I must make a pact, we must bring salvation back
Where there is love, I’ll be there

I’ll reach out my hand to you, I’ll have faith in all you do
Just call my name and I’ll be there

I’ll be there to comfort you,
Build my world of dreams around you, I’m so glad that I found you
I’ll be there with a love that’s strong
I’ll be your strength, I’ll keep holding on

Let me fill your heart with joy and laughter
Togetherness, well that’s all I’m after
Whenever you need me, I’ll be there
I’ll be there to protect you, with an unselfish love that respects you
Just call my name and I’ll be there

If you should ever find someone new, I know he’d better be good to you
cause if he doesn’t, I’ll be there
Don’t you know baby yeah
I’ll be there, I’ll be there, just call my name, I’ll be there

(just look over your shoulders, honey)

I’ll be there, I’ll be there, whenever you need me, I’ll be there
Don’t you know, baby, yeah

I’ll be there, I’ll be there, just call my name, I’ll be there..

http://www.youtube.com/watch?v=cJr9Usel7v8&feature=related

`meminati dan menyayangi seseorang tidak semestinya berakhir di jinjang perkahwinan`

Comments No Comments »

actually, dunno apa title yg sewajarnya diletakkan on my post kali ni..pikir punya pikir..go deeper and deeper, akhirnya..amik yg paling simple skali la kot..update

ok,skrg di oxford dah msuk 9th week, and mostly dah rmai dah yg habis exam (for undergrads and part of postgrads), so kalo cycling ke lab and di lab skrg nie terasa la, amatlah sunyi nyer. In my lab, skkrg tinggal Kylie, aq n Juan je..nevertheless, in 2 weeks time, akn dtg 2 org summer students dari Russia n Taiwan, so hopefully takde la sunyi sgt nanti.. apart from that, alhamdulillah la kot, project msih berjalan and kehidupan di ox masih lagi mcm biasa.

oh yeah, activities sepanjang bulan June nie..pertama nya, dengan kekawan di Ox, aq g punting dgn dieorg after Nabilla habis her final!!Cuak sbb first time punting n dok atas bot yg mcm tak stabil n tgk lak air Thames mcm pelik je..haha. afterthat, dinner di St Hilda’s..

next, sabtu 6th June nyer kiteorg g mem’picking’ buah2an..dpt la strawberries n gooseberries n carrots!!!!!!!! best2 sbb dpt petik sendiri n also, dpt rasa fresh..and aq rasa, aq ‘tasting’ byk gak la..mcm kenyang je bila nk keluar dari farm tue, tho terpampang jelas kat situ yg boleh rasa but jgn jadikan ur lunch!haha..sorry!!

minggu depannya lak, g punting dgn my lovely labmates!!waa..best gilerrr!! since kali ni dah second times, so rsa mcm confident la sket..haha..kiteorg not just punting, but also lunch-picnic kat tengah sungai!!!!!!!!!!!!!!sgt best!!

miggu ni Kylie takde, die g holiday kat Tunisia,so kalo g lab, ade aq n Juan je..and dua hari nie..(actually start last week lagi) alat lak wat hal..erm..dugaan btol, so aq pun jadilah penyakit pemalas..kekeke..

this coming monday, aq n labmates akn ke rumah Juan utk celebration sket sbb one of our Part 11 students dah habis viva..maybe akan makan2 n biasa la, mabuk2 sket(dieorg je)..keke.

apa lagi yek nk tulis?erm…haa..skrg ni dah bulan 6, dh nak habis pun kan..so dah dekat setahun dah kat sini..and bulan 9 nie antara bulan mencabar dlm research kot..erm..hopefully everything will be fine..and dah tak lama lagi dah nak puasa!!!!!!!!!!!best!!!!!!!!!

ok lah..tue je kot..dah beku lak idea nie..tak keluar2 lak..hehehe..before that, kat bawah ni ada gambar khas yg aq amik daripada notice one of my flatmates, Shantona!!!!! GOOD LUCK utk ur exams!!!! Skrg nie aq tak leh bising2 sgt sbb kesian si SHantona nak study (walaupun die skrg nie 4/5day ada kat library!!).

Comments No Comments »